Friday, September 23, 2011

Novel Untuk Dijual

Salamualaik,
hi all, peminat novel especially
ada harga istimewa untuk korang memiliki novel2 yang memang best
ramai yang mencari novel yang kadang dah habis ulang cetak bukan?
*Semua Novel still baru punye kerana saya baca cuma sekali dan simpankan dalam kotak khas, sayang novel punye pasal! hehe


Tajuk : Rahsia Perindu
Pengarang : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd 
ISBN : 983-124-184-3
Mukasurat : 576 Halaman

Harga : Rm17.90
Offer : Rm15 

Status Stok : ADA
Rating saya : **** best

Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.

Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya.
Perjuangan tetap diteruskan juga.

Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah.

RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada `novelis thriller no. 1 Malaysia’ ini sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada `orang lain’ sedang memerhatikan anda!

================================================================
================================================



Tajuk : Hanya Kita Berdua
Pengarang : Aina Emir
Penerbit : KarnaDya
ISBN : 978-983-3316-38-0
Mukasurat : 576 Halaman
Harga : Rm19.90
Offer : Rm19 including postage
 Status Stok : ADA
Rating saya : *** 
saspens.best.

Hanya Kita Berdua akan membawa anda ke sebuah pekan kecil di persisiran pantai negeri Perak. Di sana anda akan temui Najla Haifa dan keluarganya yang kaya. Anda juga akan temui Adil, remaja yang tidak setaraf dengan Najla. Malangnya, satu peristiwa telah berlaku dan memisahkan mereka berdua.
Pertemuan dengan Danni seorang lelaki romantis lagi penyayang telah mengubah hidupnya. Berjayakah Danni untuk menjadikan Najla isterinya dan apakah pula rahsia yang sekian lama terselindung dan mencemarkan nama keluarga gadis itu?
Sebuah novel berunsur kekeluargaan, sarat dengan pertelingkahan dan dendam berpanjangan, namun mempunyai plot cerita yang romantis, terselit unsur humor dan penuh dengan persoalan.



Tajuk : Nama Aku N
Penulis: Aina Emir
Penerbit : KarnaDya
Tarikh Terbit: 2008

Halaman : 
ISBN : 
Harga : RM 17
Offer : RM 16 including postage
Status Stok : ADA
Rating saya : **** 
Novel yang best. Sesuai untuk mereka berjiwa remaja dan santai.

Nama betulnya Amanina, namun dia lebih senang dipanggil N sahaja. Huruf N selepas M sebelum O dalam alfabet.

N terpaksa mengharungi keperitan hidup di dunia urban lagi kosmopolitan. Dia mencari keseronokan dalam dunia imaginasinya. Dalam dunia itulah, dia menjadi Cinderella. Kedamaian jiwa dirasai ketika terus melepak di stesen-stesen tren, tak kira komuter atau LRT.

N tak pernah menarik perhatian sesiapa jua, kecuali Eric, remaja kacukan berketurunan Cina campur India. Eric yang tampan itu, berwajah mirip jejaka Melayu.
Dalam mencari sesuatu yang indah, perasaan remajanya mula goyah apabila berkenalan pula dengan Zafran yang digelarnya Abang Z. Dia terasa bagaikan terbang di awang-awangan. Sangkanya juga dia sudah pun berjumpa dengan Prince Charming. Tetapi.. sesuatu telah berlaku.

N cekalkakn semangat dan terus berjuang untuk mencapai cita-citanya. Eric pula, yang kini sudah menjadi rakan baiknya, tak mahu terima N sekadar 'teman tapi mesra'.
====================================================================
====================================


Tajuk : Sepi Tanpa Cinta
Penulis: Damya Hanna
Penerbit : Alaf21
Tarikh Terbit: 
Halaman : 
ISBN : 
Harga : RM18 
Offer : RM17 including postage
Status Stok : ADA
Rating saya : **** best & harus dimilki. hee


HAZIQAH mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!
Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!


Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya.


Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...




Tajuk : Salju Sakinah
Pengarang : Zaid Akhtar
Penerbit : PTS Millenia Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 2008
ISBN : 978-983-3604-41-8
Muka Surat : 559 Halaman
Harga : RM26.00
Offer : RM 24 including postage
Rating saya: ****
best!
Sinopsis Belakang buku:

"Novel Salju Sakinah sangat seronok dibaca kerana jalan ceritanya yang menarik, gaya bahasa yang santai tetapi sarat dengan pengajaran dan keinsafan. Apatah lagi, senario kisahnya berkisar di negara asing, secara tidak langsung mendedahkan kita akan situasi sebenar di sana. Malah penulisnya berjaya membawa pembaca seolah-olah mereka berada di situ. Di samping itu, selitan nasihat dan tips tertentu amat berguna kepada pembaca agar lebih menghayatinya. Sebenarnya, buku ini sesuai untuk semua peringkat usia dan seharusnya menjadi salah satu koleksi pilihan sama ada untuk tatapan sendiri ataupun cenderahati."

Zuarida Mohyin
Wartawan Utusan Malaysia


Ringkasan dari saya:
***Sinopsis belakang buku tu sebenarnya ada 4 komen dari novelis-novelis, Aminah Mokhtar, Azizi Haji Abdullah dan Nisah Haji Haron.

Kisah Sumayyah yang belajar di Universiti Yarmouk Jordan. Dari situ kisah berkisar tentang cara hidup mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang belajar di Jordan. PERMAYA - persatuan pelajar malaysia yang hidup dengan penuh tanggung jawab dan forum-forum diadakan dari semasa ke semasa.

Sumayyah pula di tahun akhir dan dia merupakan bekas ketua mahasiswi PERMAYA yang tegas dan lantang ketika berforum tetapi masih lagi dalam norma-norma mahasiswa islami. Di penghujung peperiksaan, dia mendapat keputusan lulus dan balik ke Malaysia. Pada waktu itu juga dia telah dengan tidak sengaja bertemu dengan Naufal yang berkopiah Raihan. (manis juga jalan cerita ni, dan sangat romantik dalam bentuk2 islami).

Bila pulang ke tanahair, tempat lahirnya di Batu Pahat, dia terpaksa mendepani situasi sulit, dimana dia telah kehilangan ayahnya, dan dia terpaksa juga meneruskan perniagaan kerepek usaha ayahnya. Sambil itu dia juga mendapat undangan berceramah agama setelah dipinta oleh ustazah Samihah, ustazah yang pernah mengajarnya. Dari sini dia telah bertemu semula Luqman (anak Ustazah Samihah) yang meminatinya sejak dari sekolah menengah. Luqman juga berasal dari sekolah agama dan sekarang menjadi pensyarah di Bangi.

Sementara itu, kemelut keluarga terpaksa dihadapi, di mana kak longnya Safiah dan suami disyakki mengikut ajaran sesat Tok Ayah Mit. Malang sekali cerita ini diakhiri dengan kematian Tok Ayah Mit dan suami Safiah akibat disambar kilat di atas bukit Teguh.. (kematian yang tragis!). Kesudahan cerita yang terperanjat juga!. Kak Ngah nya pula kematian tunangan, dalam kemalangan..... sedih dan tragis.

Kemudian Sumayyah disunting Luqman tetapi setelah istikharah, dia masih belum mendapat petunjuk, sehinggalah dia mengunjungi majlis perkahwinan Hakimah dan Hakimi di Melaka, dan dia mendapati dia telah gagal satu subjek di universiti yarmouk itu.....

Dia kembali ke Jordan, dan di sini lah bermula kisah cinta Sumayyah dan Naufal. Secara begitu islamik, Sumayyah disunting Naufal melalui Hakimi dan Hakimah, dan dia serasa begitu tersentuh dan menerimanya....setelah dia menerima VCD melalui pak Arab penjaga kedai.

==================================================================
===================================


Tajuk : Kuseru Kasihmu
Pengarang : Izzul Izzati
Penerbit : Kaki Novel
Tarikh Terbit: 
ISBN :  
Muka Surat :  Halaman
Harga : RM19
Offer : RM18 including postage
Rating saya: ****
best!
Memiliki kasih Hakimi dari alam kampus hanyalah mimpi-mimpi indah Afrina semata-mata. Menjadi milik Hakimi apatah lagi. Impian semakin jauh, lantaran jejaka idaman turut menjadi rebutan dua orang sahabat baiknya sendiri. Dia sedia mengalah, memberikan laluan dan ruang biarpun hati sendiri sakit memendam rasa kecewa. Bertambah menjerut rasa tatkala Hakimi menyambut baik cinta salah seorang daripada mereka. Namun dugaan hadir tanpa dipinta, langsung tidak terlintas di fikiran. Musibah datang jua menimpa antara dia dan Hakimi. Suratan ataupun kebetulan? Sukar untuk ditafsirkan. Tetapi apa yang pasti, ada rahsia yang perlu diselindungkan. Ada cerita yang harus disembunyikan dan disimpan kemas daripada pengetahuan umum terutama kawan-kawannya. Kasihnya kepada Hakimi tidak boleh dibiarkan sepi. Cabaran Afrina, kasih Hakimi harus dimiliki dengan apa jua cara sekalipun. Namun relakah dia dikatakan sebagai ‘muka tembok’ demi menyeru kasih Hakimi? Persoalannya… mampukah Afrina menyeru kasih Hakimi sedangkan cinta Hakimi tetap teguh kepada kekasih hati?



No comments:

Post a Comment