Tuesday, August 30, 2011

Renungan bergambar




Bila jiwa serabut. Apa anda cari dan lakukan?
1-Rokok
2- Tido
3- Menangis
4- Clubbing
5- Rempit
6- Makan Banyak2

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

 or maybe Facebook ker? huhu.
Ini adalah Facebook sebenar untuk anda. Penenang jiwa dan teman sampai bila-bila.

Al-Quran Kalamullah.

Hidangan Raya. Satay. Rendang & my fav food.




Assalamualaikum..
Selamat Hari Raye.
Maaf zahir batin.





Sila makan banyak2. Opss. Bile raye ade je masakan best2. tergoda. Siapa2 yang rase dia nak puase dari makan hidangan sedap2 time raye hari ini sila bagitau imah. meh imah perabih kan. hikhik. Rugi kamo, orang time raya la nak makan macam-macam tapi kamo?? Isk.isk.
Oke, takmo cakap banyak layan aje hidangan nie, kang ada yang terliur, u all call la mr.chef untuk masakkan..eh2 jemput datang rumah i yep. Hak2


nah duet raye?
 pegi maen jauh2..haha
kawan2, cantikkan sampul angapu simply siti? ini imah bagi kamo ye..hehee
Ikan aye
Ikan Patin
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin
Semoga Bahagia dan Berjaya selamanya!


maap zahir batin,

Sunday, August 28, 2011

Cerita Doktor dan Otak

Assalamualaikmu w.b.t

Kawan2..hye..celamat berpose ke-14..semoga sihat sokmo.

Ima ade story nih, bukan cerita sang kancil dan buaya tetapi kejadian benar. oke jome kite bace cerite ini.(^_^)

Cerita tentang seorang doktor,pakar pembedahan otak di Amerika Syarikat.Doktor ni pakar dalam pembedahan otak manusia.Bukan otak binatang atau yang sewaktu dengannya.Mungkin ada yang dah tahu tentang cerita ni.Jadi,kita kongsikan untuk orang yang masih belum tahu.

Bermula ceritanya. Alkisah. Doktor ni di katakan pakar sebab sudah 3000 otak manusia atau lebih yang di bedahnya.Tiba-tiba satu hari,terdetik dihati doktor ni nak mengkaji otak-otak manusia yang dia bedah tu.Mungkin doktor ni dah xdak kerja sangat dah rasanya.Boring duk tunggu orang nak bedah otak tak dak.Dia pun kaji punya kaji.Macam mana dia kaji pon tak tau la.Di ceritakan,dia akan ambik otak orang dah mati,dan dia kaji.Bila dia kaji,otak orang Amerika,orang negro,orang Yahudi,orang Mexico,dan banyak la lg otak yang dia kaji,akhirnya dia jumpa 1 benda yang sama pada semua otak-otak tu.Yang mana,1 bahagian kecil yang sama pada otak-otak tersebut darah tak sampai.Dia mula heran.Sebab yang dia belajar dulu,darah akan sampai ke semua bahagian otak.Bila dah jadi macam tu,dia tak puas hati.Dia kaji lg.Kaji dan kaji.Tapi keputusannya tetap sama,iaitu 1 bahagian kecil yang sama pada otak-otak tersebut darah tak sampai.

Disebabkan ketegaqnya doktor ni,dia tetap trus mengkaji.Dia mengeliling dunia untuk mengkaji otak dan mencari jawapan.Sampailah ke satu negara,tak tahu la pulak negara apa.Dia dapat lagi 1 otak untuk di kaji dari hospital negara tu.Kali ni,keputusan kajian dia berbeza.Setelah beratus-ratus otak,atau beribu-ribu otak yang dia kaji,otak ni lah yang pertama yang mana darah sampai kesemua bahagian.Dia pon mula terfikir otak siapa yang dia kaji.Apa kelainan tuan punya otak ni dari tuan punya otak yang lain.Jadi dia pon selidik latar belakang tuan punya otak ni.cari punya cari,selidik punya selidik,last-last dia jumpa milik siapa otak yang dia kaji tu.Rupa-rupanya otak tersebut milik seorang alim ulama di negara tersebut.Doktor ni pon jumpa la keluarga ulama tersebut.Tanya macam-macam la pa yang dia nak tanya.Ada 1 kebiasaan yang ulama ni selalu buat ketika bersolat.Tak kira solat fardhu atau solat sunat.Yang mana setiap kali sujud,ulama tersebut akan sujud dengan lama sekali.Itu di ceritakan oleh isteri ulama tersebut.

Akhirnya dia pun pulang setelah mengetahui cerita tentang tuan punya otak tu.Akan tetapi,dia masih tak faham,kenapa otak ulama tu sahaja yang darah sampai ke semua bahagian.Tak macam otak-otak yang lain,yang mana darah tak sampai ke 1 bahagian kecil di otak mereka.Jadi di pendekkan cerita,selepas doktor ni mencari jawapan,rupa-rupanya darah akan sampai ke 1 bahagia kecil otak tersebut hanya dengan bersujud.Dia mula terfikir,mungkin otak dia pun darah tak sampai jugak ke bahagian kecil otak dia tu sebab dia tak pernah pun bersujud.Tak habis dengan tu dia kaji.Dia jugak kaji,rupa-rupanya otak yang darah tak sampai ke bahagian kecil tu,orang-orang tersebut cenderung kepada ganas,kasar,lupa diri,tamak,menunjuk-nunjuk dan segala-galanya sikap yang di benci.Dan sebaliknya pada orang yang darah sampai kesemua bahagia otak dia seperti alim ulama tadi.Sebab otaklah yang mengawal badan dan perbuatan kita.Kan selalu orang kata,kalau nak buat apa-apa,guna otakAkhirnya,ALLAH telah memberikan hidayah kepada doktor tersebut memeluk agama islam.Dan di khabarkan sekarang,dia sedang menarik doktor-doktor pelatih di bawahnya kepada islam.Begitu hebat perancangan ALLAH.

Begitulah kisahnya.Rupa-rupanya ada hikmah kenapa kita di wajibkan bersolat dan dalam solat tersebut adanya sujud.Ketika sujud inilah kita merendahkan diri kita di tahap yang paling bawah sekali.Ketika sujud jugaklah,punggung kita lebih tinggi dari kepala kita.Jadi pesanan untuk siapa-siapa yang jarang-jarang sujud dan haram tak pernah sujud tu,fikir-fikirkanlah.Setiap apa yang ALLAH perintahkan kepada hambaNYA pasti ada hikmah di sebaliknya.

imah: " Sesungguhnya Allah Mengetahui Apa Yang Kita Tidak Mengetahui."

Hijau. Green. أخضر. 环保. สีเขียว. हरा.


Hari ini apakata saya bercakap tentang warna hijau. Oke kawan. Ini bukan warna favourite saya, tapi...warna kegemaran ummi dan teet...hihihi..saja tadi google jumpe la warna hijau kan. jadi nak ajak la korang cuci mata bagi segar sket mata tu, kan ke warna hijau merimbun nie penenang jiwa yang merana..opss terlebih suda..hoho:)

Apa ada disebalik warna hijau ni?? jeng-jeng-jeng...(0_0)

Warna hijau sebagai simbol alam. Warna hijau adalah simbol dari keseimbangan kehidupan, pertumbuhan yang sehat dan kesuburan. Dalam gambar atau lukisan warna ini sering digunakan untuk menggambarkan alam. Efek dari warna alami ini adalah sejuk, teduh, santai, segar, menenangkan dan memberikan suasana harmonis .

Warna hijau dari sisi kepercayaan dan budaya. Dalam sejarah Cina warna hijau di lambangkan sebagai warna perempuan. Sedangkan dalam kepercayaan muslim warna hijau adalah warna yang suci. Warna hijau sering menjadi simbol dari keberuntungan, uang dan kemakmuran . Selain itu ada juga yang mengatakan bahwa warna hijau itu melambangkan doa dan harapan atau juga satu sikap ketabahan akan sebuah penderitaaan

Warna hijau dan kepribadian pencinta warna hijau. Jika warna kesukaan seseorang itu hijau, maka orang itu adalah tipe orang yang sangat romantis dan menyukai keindahan, menyenangi alam dan udara yang sejuk. Penyuka warna hijau adalah orang yang cinta kebebasan dan penuh optimisme. Memiliki pribadi yang keras dan seseorang yang memegang prinsip. Katanya juga, pencinta warna hijau ini biasanya jadi pilihan yang tepat untuk mendapatkan nasehat atau sekedar curhat. Mudah bergaul dengan orang baru dan beradaptasi dengan lingkungan baru. Bukan prinbadi yang pemalu, namun terkadang ucapannya bisa melukai hati orang lain.

Warna hijau dan percintaan. Dalam hal bercinta pencinta hijau mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercaya. Unsur negatifnya adalah seseorang yang mudah cemburu. Mereka orang yang suka sekali diperhatikan dan disayang kekasihnya. Banyak individu yang terlahir dengan aura warna hijau ini memilih tetap single dan menunggu seseorang yang tepat dalam kehidupannya.

Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan

Selama ini mungkin kita hanya mengetahui bahwa Rasulullah atau Islam identik dengan warna hijau. Sebenarnya apa warna-warna favorit Rasulullah Muhammad saw?

Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau.” Namun selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih. Ada juga keterangan bahwa Nabi Muhammad saw pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, abu-abu dan warna campuran.

Imam Al-Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin berkata : " Yang amat disukai oleh Nabi saw ialah warna putih."

Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: "Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau karena warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih."

Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: "Aku pernah melihat Nabi saw memakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya..."

Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya : "Pernah Rasulullah saw berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumat."

Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata : "Pernah Nabi saw keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna abu-abu."

Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas r.a, beliau pernah melihat : "Nabi saw menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya."


read from: simplyhapinessme
eramuslim.com

Oke. Jom Layan Pitchas yang hot. Mr. & Miss Green dijemput layan. hihi.


Green Mosque Wallpaper



 Earth Day Green


Green Lime



Green Emotion Smile


Green Leaves

Green Parrot

Green Roses




Green For my Baby :P

Green Cake..aww

My Heart Goes on Green

Gorgeous Room .my room oke. haha :)

Pakar Bedah pun pilih hijau oke!


why? why? poisoning kot..ciannyerrr


si katak hijau yg cumel kn?haha.
haa jangan tak taw imah ada jam katak. serius kiut. hihi


Samsung Galaxy dalam hati.

Assalamualaikum.
hmm. selamat berpuase hari ke28 ye kawan-kawan.
Saya rase.
Saya rase.
Nok beli something new lah!
Tunggu gaji baru berangan oke!hihi.

Mula2 imah kenal hp apabile abg kedua bagi hadiah hp after sTAM.
Lupa dah model ape, tapi still brand NOKIA lah kan. Saiz terkecik kot mase tu. Aku lupe sbb aku jual, beli laen. Hehe.

Then, masuk U, pepandai je carik sdirik. Citer pasal pengalaman cari henpon ada suke ada, duke beb. Paling saya sedih, mase tu nak beli hp, ad la sorang amoi nie emo plak die bile saya xbeli hp die. Adeh. Sakit hati gak imah sebagai customer kan. Pastu die xnak kasi simkad. Hot gak memula, tapi nasib keadaan tu buat imah cool+berdebor. Kot2 die xnak kasi betul bleh gak imah cepuk pale die kan. hambek kau. Huhu.
Memula tahun 2, imah tukor le hp nokia ___. Cantik tapi low sangat space untuk picture. So upset. Then, tukar lagi lepas pakai satu semester je, kawan2 sume ingat imah nak perabes duet ngn hp je. Sbb mase tu kalo pakai hp ada camera, radio sume tu dah kire mantap woo. Hikhik.

Then, sebab gatai sangat nak yang lebih space tu. Gi la kompleks Pertama lagi sekali. Round punyer round jumpe la satu kedai nie offer murah skit je kot. Nokia Express Music dengan harga Rm500 only. Only u kate?oh no banyak jgk tu kalo imah nak bandingkan dengan nilai sekarang. Alkisahnya, gadaila hp model ____, bleh plak tanpa belas kasihan tokey cino tu amik 100rial je, cedih ingat balik woo. Hukhuk. Beli kemain dekt 4++. Hampeh bile ingat balik, tapi dah takde rezki, redho je.

ada satu hp nie saya beli sebab suka-suka. spare part katekan. 1650. very sweet and very stylish for me oke. oke dah banyak kali nak juai, nak track in, tapi still ngan imah , ape kes susah sangat nak buang dia ni. hehe.
 

Paling suke part pict and sound die, da la ad mp3, tapi skang kene repair balik mp3 tuh. Sob3.  Pict die memg clear la. Suke sangat hp I tu wane putih. Ti kamu-kamu yang baik hati tunggu ye imah upload gambo ori hp tu. hik3.

Then, hp tu fening skit2. Maklumla da lame xservis dan asyik saying kat dia sorang, jadinya abang sulung imah hadiahkan le hp baru. Jeng-jeng~ model : GT E1080F. Hp ni klasik woo. Mesti kawan-kawan yang taw tabik spring kat aku k




ot. Hahaha. Yela hp ni ciput je, ada message, calling, torch light. Tu je kot keistimewaan dia. Hehehe. Tapi sepanjang imah pakai dia ni, heppy sangat oke. Sebab da xda masalah virus ke hape kan. Mesej dan call pon cool je. And something else, maybe sebab hadiah kesayangan from my abang kan?hihi.

Mood sekarang tengah berangan nak samsung galaxy or sony satio or sony vivaz. hak2. semua harga xboleh kurang jado 5++ ke. adeh.
>
>
>
>
>
>
>
>

kisah?sila like,hehe.

Saturday, August 27, 2011

Koleksi Jodoh

Kalau kalian benar-benar mahukan BAKAL SUAMI yang baik sisi agamanya, maka usahlah sempitkan pilihan kalian hanya kepada mereka yang dipanggil USTAZ. Berhenti sebentar dan lihatlah sekeliling, ternyata masih ramai lagi PEMUDA yang BUKAN USTAZ namun terlebih wajar dinikahi kerana jernihnya fikrah agama yang mereka miliki.. Kahwinilah lelaki yang jadikan Al-Quran dan Islam sebagai akhlaknya.. bkn kerana gelaran atau tahap pendidikan agamanya.."

Semangat Setiap Hari

Inilah 10 Koleksi Kata-Kata Mutiara Motivasi yang Membuat Anda Semangat Setiap Hari:

Ada kalanya sewaktu bangun di pagi hari, tubuh rasanya malas-malasan, enggan bangun untuk mulai aktiviti, inginnya bersembunyi di bawah selimut saja. Rasa malas semacam ini mungkin nyaman, namun tidak memberikan sesuatu bagi anda agar menjadi orang yang lebih baik.

Inilah 10 kumpulan kata-kata mutiara motivasi penggugah semangat dan pendorong ACTION. Sepuluh kumpulan kalimat mutiara dan motivasi ini sangat baik anda simpan dan anda baca secara rutin (bisa setiap bangun pagi, ketika siang hari, atau sebelum tidur). Sebagai contoh, seperti kalimat nombor satu di bawah ini, sangat baik dibaca tiap bangun pagi.

Tanpa perlu berpanjang lebar lagi, berikut 10 koleksi kata-kata motivasi emas penggugah semangat dan pendorong ACTION untuk hidup menjadi lebih baik.

1. Pagi ini, saya bangun dalam keadaan sangat baik. Saya bangun dengan hati yang senang. Seperti mentari pagi yang menjalankan tugasnya menyinari semesta, saya pun bangun dan segera menjalankan tugas dan aktiviti saya hari ini. Saya akan melakukan tugas saya dengan sebaik-baiknya.

2. Saya adalah orang yang penuh motivasi. Setiap hari motivasi saya makin berkobar. Saya sangat YAKIN dan PERCAYA kalau apa yang saya impikan nanti bakal menjadi kenyataan. Saya percaya itu. Keyakinan ini bahkan sudah mengakar ke alam bawah sedar saya. Setiap kali saya merasa lemas, alam bawah sedar saya mengingatkan dan memberi motivasi kalau “saya bisa!”, bahwa “saya adalah seorang juara.”

3. Ketika saya berbicara, suara saya terdengar jelas, kuat, dan percaya diri. Saya sekarang percaya diri dalam segala situasi. Sebab saya adalah pemimpin yang memimpin dengan penuh kepercayaan diri.

4. Saya sekarang hidup dipenuhi keyakinan, kepercayaan dan kepastian. Saya sekarang orang yang percaya diri dan tegas. Dan hari ini saya menggunakan 100 % kapasiti diri saya. Tiap berjalan dan bergerak, saya menjalankannya dengan penuh keyakinan, namun tetap tenang. Saya sekarang adalah sosok yang kuat, mengesankan, dan lebih menarik setiap harinya. Kepercayaan diri dan kemampuan saya terus meningkat secara drastik tanpa henti.

5. Setiap hari saya bertambah baik dan makin bertambah baik. Saya menetapkan tujuan yang jelas dan membangun motivasi kuat untuk meraih apa yang saya inginkan. Sekarang segalanya menjadi jelas. Apa yang saya bayangkan dulu, kini kian dekat menjadi kenyataan. Lebih dekat dan makin dekat. Dan saya percaya SAYA BOLEH mendapatkannya. Tiap saat saya menerima banyak sekali anugerah dan kebaikan dalam hidup ini. Seluruh tubuh saya sekarang jadi tahu, apa misi dan tujuan saya hidup di dunia ini.

6. Saya percaya pada keyakinan kuat yang tertanam dalam diri saya. Berkatmotivasi yang bertambah kuat setiap saat. Apapun yang saya percaya bisa dapatkan, saya yakin bisa saya dapatkan. Saya menciptakan “keberuntungan” saya tiap hari. Saya mencapai tujuan-tujuan saya dengan penuh riang gembira. Saya visualisasikan apa yang saya inginkan dan saya melakukan ACTION seperti dalam visualisasi tersebut. Dengan keyakinan ini saya bisa mewujudkan kenyataan apapun yang saya mau.

7. Semua yang saya perlukan ada dalam diri saya sekarang. Saya adalah seorang terbuka, dan percaya diri. Saya juga pemberani dan tegas. Dengan semua ini saya mampu mengubah apapun dalam hidup saya seperti yang saya inginkan. Dan saya sedia menerima tanggung jawab untuk perubahan hidup yang saya akan alami nanti.

8. Saat saya berbicara dengan orang lain, saya menatap mata lawan bicara saya dan berbicara dengan percaya diri. Saya buat saat itu menjadi begitu menyenangkan. Dalam tiap gerakan tubuh yang saya lakukan, saya melakukannya dengan tenang dan penuh percaya diri. Setiap kali kelopak mata saya tertutup dan saya menghirup udara dalam-dalam, kepercayaan diri saya bertambah kuat dan memenuhi seluruh bagian-bagian dalam tubuh saya. Saya melihat diri saya sekarang adalah seorang yang penuh percaya diri, punya keyakinan, dan berani mengambil tindakan.

9. Setiap hari, energi percaya diri meningkat. Sebab saya punya komitmen untuk terus meningkatkan kemampuan diri saya setiap hari. Apa yang saya bayangkan boleh saya lakukan, pasti saya boleh lakukan. Dan saya melakukannya dengan konsisten dan penuh keberanian.

10. Ekspresi wajah saya saat ini menggambarkan rasa yakin dan percaya diri. Sekarang saya mengalami masa-masa paling menyenangkan dalam hidup saya. Dan momen ini menginspirasi saya untuk lebih percaya diri dan memiliki harga diri. Saya berbicara pada diri saya dan orang-orang di sekitar saya dengan keyakinan. Saya sekarang mengontrol seluruh diri saya. Perkataan saya, fikiran saya,minda saya dan perasaan saya, semuanya ada dalam kendali saya. Rasa percaya dalam diri saya ini bukan hanya menginsiprasi saya sendiri, namun juga menginspirasi setiap orang yang saya temui.

Simpan koleksi kata-kata mutiara dan kalimat motivasi di atas. Anda pilih kata-kata yang anda rasa paling sesuai kebutuhan anda. Saran saya, sebaiknya anda baca rutin kata kata motivasi pilihan anda tersebut. Bisa di waktu pagi hari selepas bangun tidur, siang hari saat berehat-rehat,petang hari selepas mandi, atau malam hari sebelum tidur.

Lihat perbezaannya dalam beberapa hari akan datang. Anda akan temukan diri anda sebagai orang yang berbeza. Anda menjadi menjadi orang yang lebih baik dibanding ketika pertama kali menemukan artikel ini. Buktikan hari ini!

chaiyok! chaiyok!
Salam ACTION!

LIST BEST SHOPPE

MAXI HOT SHOPPE
kznabihah
lacheaky
dress
numberoneboutique


HIJAB
HijabWholesales
lovelygorgeouscollections
edastboutique

JUBAH
nessashoppe

Gabenor Bank Negara terima gred A


GABENOR Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (atas) sekali lagi disenaraikan sebagai Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia 2011 dalam kaji selidik dijalankan majalah kewangan Global Finance. 

Zeti menerima penarafan gred A oleh majalah kewangan itu bersama-sama Amando Tetangco dari Filipina, Fai-Nan Perng (Taiwan), Glenn Stevens (Australia), Riad Salameh (Lebanon) dan Stanley Fischer (Israel).
Beliau juga menerima penarafan itu pada tahun lalu dan 2009. Kecuali pada 2008, Zeti menerima gred A secara berturut-turut sebelum ini sejak 2003. 

Sementara itu, Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) Ben S. Bernanke menerima gred ‘C’ dalam penilaian tahunan dijalankan Global Finance sejak 1994 itu.

Gred Bernanke tidak berubah seperti tahun lalu, manakala Presiden European Central Bank (ECB), Jean-Claude Trichet yang akan melepaskan jawatan diberikan gred ‘B’ selepas pencapaian ‘A’ pada tahun lalu.

Gabenor Bank of Japan (BoJ), Masaaki Shirakawa turut menerima gred ‘C’ manakala Mark Carney dari Kanada dan Mervyn King dari United Kingdom, masing-masing diberikan gred ‘B’. 

INFO: Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz
• Zeti adalah gabenor ketujuh Bank Negara yang dilantik pada Mei 2000.
• Memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara pada tahun 1979 hingga 1984.
• Dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia pada 1994, dan dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia 1 September 1998 selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundur diri.
• Pada November 2008, beliau menerima kepercayaan tinggi bank pusat antarabangsa dipilih sebagai ahli petugas khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengkaji perubahan sistem pasaran global
• Tokoh Maal Hijrah 1432H.

27 Ogos 2011Read : BHarian

Wah hebat tuh. Tahniah Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz kerana menjulang nama umat Islam, semoga menjadi ikon remaja dan belia kita di Malaysia.
Terbaiklah!



Nombor 111 tahun 2011

 

Tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11. Itu fakta pertama. 
Keduanya, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya ialah 111 buat semua orang..! Eg: seorang yang lahir pada thn 1987, umurnya sekarang 24 pd tahun ini. Jadi, 84 + 27= 111..!!! 
Untuk pengetahuan korang, perkara ini hanya akan terjadi sekali shj pada setiap 823 tahun!

Mashallah hebatnya!


10 Reasons Why Islam Prohibits cigarettes ..


10 Reasons Why Islam Prohibits cigarettes ..

Cigarettes affect the mind (mental)
Cigarettes affects physical health
Smoking endangers the safety of self and others
Cigarettes dangerous descent ....
Smokers disturbing others
Cigarettes cause bad behavior
Cigarette waste of life time
Cigarettes contrary to the dignity of Islam
Cigarette waste of property (money)
Smoking drugs (nicotine and alcohol)
FOR MY kwn210 Reasons Why Islam Prohibits cigarettes ..

Cigarettes affect the mind (mental)
Cigarettes affects physical health
Smoking endangers the safety of self and others
Cigarettes dangerous descent ....
Smokers disturbing others
Cigarettes cause bad behavior
Cigarette waste of life time
Cigarettes contrary to the dignity of Islam
Cigarette waste of property (money)
Smoking drugs (nicotine and alcohol)


Love yourself!!
Love For my Friends,

2.3j pengundi Singapura pilih Presiden

SINGAPURA 27 Ogos - Kira-kira 2.3 juta rakyat Singapura keluar mengundi hari ini pada Pilihan Raya Presiden pertama Singapura dalam tempoh 18 tahun bagi menggantikan S. R. Nathan yang menamatkan penggal perkhidmatannya pada 31 Ogos ini.

Sebanyak 781 pusat pengundian dibuka seawal pukul 8 pagi dan ditutup pada pukul 8 malam waktu tempatan. Keputusan pilihan raya dijangka diketahui beberapa jam kemudian.

Pilihan raya Presiden kali ini menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri, Dr Tony Tan Keng Yam; bekas Ahli Parlimen, Dr Tan Cheng Bok; bekas ketua Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Tan Kin Lian; dan bekas pegawai kanan kerajaan Tan Jee Say.

Pertembungan empat 'Tan' itu juga mencatat sejarah di republik ini kerana ia melibatkan calon Presiden teramai dalam sejarah Pilihan Raya Presiden Singapura.

Jee Say dan isterinya membuang undi di Sekolah St. Stephens kira-kira pukul 9 pagi, sementara Cheng Bock bersama isterinya pula mengundi di Pusat Bahasa Kementerian Pelajaran di Ghim Moh sekitar 9.30 pagi ini.

Kin Lian bersama isteri tiba di Sekolah Menengah Pei Hwa pada pukul 10.20 pagi untuk mengundi, manakala Dr. Tony Tan serta isteri menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Menengah Perempuan Nanyang pada pukul 10.45 pagi.

Ini merupakan Pilihan Raya Presiden pertama sejak tahun 1993, ketika Ong Teng Cheong memenangi jawatan tersebut. - Agensi




Calon Presiden Singapura, Tan Cheng Bock bersama isterinya, Cecelia tiba di stesen pengundian di Pusat Bahasa Kementerian Pelajaran di Ghim Moh, semalam. - REUTERS

Read: Utusan


55 ahli perniagaan terkemuka berkampung di KL


Seramai 55 ahli perniagaan terkemuka dunia akan berkampung di Kuala Lumpur pada 12 hingga 14 September ini bagi menghadiri persidangan tahunan Forbes Global CEO Conference.

Persidangan berkenaan bertujuan membina rangkaian perhubungan antara individu terkaya dunia serta membincangkan keadaan semasa ekonomi dunia.

Antara individu yang akan hadir ialah Pengerusi dan Ketua Editor Media Forbes, Steve Forbes; Pengerusi China Hangzhou Wahaha Group, Zong Qinghou; Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, Datuk Seri Nazir Razak; Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd., Tan Sri Tony Fernandes.

Dianggarkan jumlah kekayaan individu yang hadir pada persidangan kali ini ialah AS$120 bilion (RM360 bilion), sekali gus menjadi persidangan seumpamanya yang terbesar di dunia.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Forbes Global CEO Conference yang akan diadakan di Hotel Shangri-La di sini turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

''Lebih kurang 80 peratus individu yang hadir pada persidangan tersebut tidak mempunyai perniagaan atau pelaburan di Malaysia dan ini merupakan peluang terbaik untuk mendedahkan peluang-peluang yang ada di sini.

''Walaupun pelaburan sangat diambil berat, namun tujuan utama persidangan ini adalah untuk menjalin hubungan antara peserta,'' katanya pada sidang akhbar berkenaan persidangan berkenaan di sini hari ini.

Mustapa berkata, daripada peserta yang hadir, sebanyak 67 peratus daripadanya adalah dari Asia Pasifik diikuti Amerika Syarikat sebanyak 20 peratus dan selebihnya Eropah.

Ditanya mengenai kemasukan pelaburan hasil persidangan berkenaan, Mustapa berkata, ketika ini beliau telah berjumpa secara peribadi dengan enam individu untuk tujuan itu tetapi tiada keputusan dibuat.

''Kami tidak menetapkan sebarang sasaran pelaburan atau perjanjian memorandum persefahaman (MoU) daripada persidangan ini,'' jelasnya.

27Ogos2011
berita : utusan

Aku Sudah Bertunang..

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di te...pi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

Dipetik dari ILUVISLAM


Cinta Ibu, Cinta seputih Susu




Bismillah...

Cinta seputih susu. Cinta seputih susu sahabat..susu jernih yang memberimu nafas hidup ini! Tidakkah kamu teringat cinta Ibu mu terhadap mu. Biarpun kamu sulam cintanya dengan kedegilanmu..dengan tengking herdikmu..dengan kekasaran dan egomu!

Namun cinta itu tidak pernah berubah..malah tetap terpatri sekuatnya sehingga hembusan terakhir nafasnya! Begitulah cinta Ibu.....itulah Cinta yang dinaungi SYURGA dan awan firdaus..

Ingatkah kamu wahai sahabat kepada mereka yang telah menadahkan tangan hingga tidak mahu turun mendoakan kamu tapi kamu tidak sedikit pun terasa akan ‘cinta’ itu kerana tenggelam dibawah timbunan buku dan rangkulan kesibukan yang mengilakan kamu?

Wahai anak-anak yang hampir derhaka…

••► bilakah kali terakhir kita MENGHUBUNGI mereka?

••► Bilakah kali terakhir kamu MENDOAKAN mereka?

••► Bilakah kali terakhir kamu mengucapkan SAYANG kepada mereka?

••► Bilakah kali terakhir bertanyakan KESIHATAN mereka?

••► Bilakah kali terakhir kamu berjenaka dan menGEMBIRAkan mereka?

••► Bilakah kali terakhir kamu bersama mereka bercerita dan dia menjadi peminat setia dan menjadi konsultan kita?

••► Bilakah kali terakhir kamu CIUM mereka bersalaman untuk pulang?

••► Bilakah kali terkhir kamu MEMELUK erat tubuh mereka dengan getaran kebersamaan memahat cinta?

••►….dan bilakah kali terakhir kamu memeluk mereka dan mereka memeluk kamu dan tak mahu melepaskan seolah olah tidak membenarkan kamu pergi dari mereka?

Carilah JAWAPAN itu dalam lautan rasamu..jangan paksa hati mu menyayangi mereka kerana jika itu berlaku, kamu adalah ANAK DERHAKA!

Ingat sahabat…kita mencari REDHA mereka! Kerana redha illahi bersembunyi dibalik redha mereka.

Jangan biarkan mereka berduka kerana mereka adalah seorang Ibu..seorang Ibu bukan sembarangan Ibu kerana Ibu adalah diantara jambatan-jambatan yang perlu kita lintasi menuju syurgaNYA…mari kita memburu rindu..pada dia yang pernah kehilangan rindu kita..

umi, ma anakmu ini terlalu menyayangimu..selalu mendambakan kasih sayang darimu...luahkan lah sayangmu kepada ibumu sebelum kehadirannya diambil ALLAH kembali tanpa sempat kita megucapkannya.... 

sejuta cinta,


Koleksi Muhasabah & Renungan

...sesungguhnya kesempurnaan taubatmu bila engkau ingat pada dosamu,kesempurnaan amalmu bila engkau dapat menghindarkan sifat ujub dan riak dan kesempurnaan syukurmu ialah apabila menyedari kekurangan-kekuranganmu...


'perkataan yang baik dan pemberian MAAF adalah lebih baik dari sedekah yang diiringi denga sesuatu yang menyakitkan (hati dan perasaan si penerima). Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun..' [al-Baqarah:263]'

Checklist Raye



"...malu juga nak sambut raya aidil fitri sbb bimbang baju mmg baru, pakaian baru, kasut baru, kereta baru semua baru tapi jiwa dan perbadi tak baru, rohani masih penuh dosa, masih bersarang sifat2 dengki , pemarah, baran, kedekut... masihkah mampu dua tigahari baki ramadhan dpt membasuh semua kotoran dosa yg sekian lama sebati di hati.. Yaa Rabb..."